Kes bunuh Khashoggi, 16 rakyat Arab Saudi dilarang ke AS


Jamal Khashoggi yang juga pengkritik tegar rejim Arab Saudi dibunuh dan mayatnya dikerat pada 2 Oktober di Istanbul oleh sepasukan 15 ejen dihantar dari Riyadh. – Gambar fail AFP, 9 April, 2019.

JABATAN Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) melarang kemasukan 16 rakyat Arab Saudi berhubung kaitan mereka dengan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Pengumuman dibuat Setiausaha Negara Mike Pompeo itu susulan pentadbiran Presiden Donald Trump berdepan tekanan daripada Kongres terhadap respons kepada pembunuhan di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober lalu, yang mencetuskan kritikan antarabangsa terhadap hak asasi manusia.

Jabatan Dalam Negeri sebelum ini menarik balik visa hampir 24 pegawai Arab Saudi dan membekukan aset 17 individu lalu.

Khashoggi yang juga pengkritik tegar rejim Arab Saudi dibunuh dan mayatnya dikerat pada 2 Oktober di Istanbul oleh sepasukan 15 ejen dihantar dari Riyadh. Mayatnya tidak ditemui. – AFP, 9 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen