4 maut konvoi tentera AS diserang di Afghanistan


Letupan berhampiran pangkalan udara Bagram itu serangan terkini terhadap pasukan tentera AS ketika rundingan diketuai AS diadakan di Afghanistan. – Gambar fail EPA, 9 April, 2019.

TIGA askar Amerika Syarikat (AS) dan seorang kontraktor tentera terbunuh dalam satu insiden letupan di tepi jalan semalam dalam serangan terburuk terhadap pasukan tentera AS tahun ini, ketika rundingan daman terus diadakan dengan Taliban, yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Letupan berhampiran pangkalan udara Bagram itu serangan terkini terhadap pasukan tentera AS ketika rundingan diketuai AS diadakan di Afghanistan, selepas lebih 17 tahun Taliban digulingkan.

Menurut laporan, konvoi tentera itu terkena bom di tepi jalan dan turut mencederakan tiga anggota lain.

Terdahulu, Taliban mendakwa melakukan serangan itu apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan kenderaannya yang penuh dengan bahan letupan.

Bagram, pangkalan udara terbesar tentera AS di Afghanistan, terletak kira-kira 50km di utara Kabul.

Letupan berlaku kira-kira 5.40 petang waktu tempatan, kata jurucakap polis wilayah Parwan, Salim Noori. – AFP, 9 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen