Zunar kecewa karyanya diplagiat


Looi Sue-Chern

Kartunis Zunar tidak rasa lucu apabila seorang pengguna Facebook mengubah karyanya untuk mengkritik kerajaan PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2019.

KARTUNIS Zunar tidak merasakan ia sesuatu yang lucu apabila seorang pengguna Facebook mengubah karyanya untuk mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kartun itu menunjukkan karikatur bekas perdana menteri Najib Razak menyiram pokok yang berbuah wang berlabel “Felda” dan karikatur berlabel “Mahadey” merujuk kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memegang gergaji di sebelah pokok itu.

Pengguna Facebook menggunakan nama Neezam Perkasa yang menyiarkan kartun itu pada Jumaat berkata:  “Biar gambar berbicara. Kepada peminat Zunar, saya minta maaf jika tersalah sangka.”

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata beliau melukis kartun yang sama tetapi versi dipaparkan di online itu sudah diubah dan dimuat naik dengan cara yang mendorong orang berfikir itu adalah karyanya.

“Karya asal saya sudah diubah. Sekarang orang fikir saya yang buat.

“Ada komen (di Facebook) kata yang saya sudah berubah dan menyesal,” katanya merujuk kepada laman Neezam Perkasa.

“Bagi saya, ini fitnah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Zunar terkenal dengan kartun satiranya yang kritikal terhadap Najib yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd. – 9 April, 2019.

Berita penuh di sini. 

Zunar berkata beliau melukis kartun yang sama tetapi versi dipaparkan di online diubah dan dimuat naik dengan cara yang mendorong orang berfikir itu adalah karyanya. – Gambar The Malaysian Insight, 9 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen