Indonesia tolak rayuan wanita yang dipenjara atas aduan bunyi bising masjid


Meiliana, 44, seorang penganut agama Budha didapati bersalah menghina agama Islam kerana meminta masjid di kawasan perumahannya di Medan Pulau Sumatera untuk memperlahankan sistem bunyi kerana ia terlalu kuat dan menyakitkan telinganya. – Gambar EPA, 8 April, 2019.

MAHKAMAH Agung Indonesia hari ini menolak rayuan seorang wanita yang dijatuhi hukuman 18 bulan penjara di bawah undang-undang fitnah kontroversi negara kerana membuat aduan berkenaan bunyi azan di masjid.

Meiliana, 44, seorang penganut agama Budha didapati bersalah menghina agama Islam kerana meminta masjid di kawasan perumahannya di Medan Pulau Sumatera untuk memperlahankan sistem bunyi kerana ia terlalu kuat dan menyakitkan telinganya.

Dalam keputusan yang dimuat naik di laman web mahkamah agung berkata, mereka menolak rayuannya tetapi tidak menjelaskan dengan lanjut.

Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia.

Sesiapa mengkritik agama khususnya Islam yang dianuti oleh hampir 90% daripada 260 juta rakyat Indonesia boleh dikenakan hukuman penjara.

Komen Meiliana lebih dua tahun lalu mencetuskan rusuhan dalam kalangan penduduk beragama Islam.

Sesetengah kaum Cina di kawasan itu melarikan diri kerana ketakutan.

Kes ini mendatangkan kebimbangan bahawa agama Islam yang sederhana di Indonesia boleh membawa ancaman daripada radikal yang semakin berpengaruh. – AFP, 8 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen