Pengerusi Korean Air meninggal dunia


Pengerusi Korean Air, Cho Yang-ho meninggal dunia pada usia 70 tahun hari ini. – Gambar EPA, 8 April, 2019

PENGERUSI Korean Air, Cho Yang-ho meninggal dunia pada usia 70 tahun hari ini.

Yong-ho yang sedang dalam tempoh perbicaraan atas kes rasuah meninggal dunia di Los Angeles Ahad lalu akibat sakit kronik dan turut mengalami masalah paru-paru.

Ahli perniagaan itu merupakan pengerusi Kumpulan Hanjin – salah sebuah konglomerat yang diketuai oleh sebuah keluarga yang menguasai ekonomi Korea Selatan dan sekitar 30 peratus Korean Air melalui syarikat induk Hanjin KAL.

Bagaimanapun berita kematianya tidak didedahkan kepada umum dan turut mengejutkan ramai pihak memandangkan Yang-ho baru membawa obor untuk Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang pada tahun lalu.

Sejak beberapa tahun lalu, Korea Air dihimpit siri skandal melibatkan ahli keluarga pengasasnya termasuk Yang-ho yang berdepan dakwaan wang berjumlah 19.6 bilion won (RM70.1 juta) dan pecah amanah.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Pada 2014, anak perempuan sulungnya, Heather Cho turut mendapat liputan selepas wanita itu gagal mengawal kemarahannya ketika menaiki pesawat Korean Air sehingga insiden itu mendapat jolok ‘nut rage’. – AFP, 8 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen