200 jongkong emas dirampas di lapangan terbang Bangladesh


Pegawai Jabatan Perisikan Kastam yang enggan dikenali memaklumkan Xinhua bahawa pihaknya menemui 200 jongkong emas yang ditinggal dalam tandas sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines. – Gambar EPA, 8 April, 2019.

PEGAWAI kastam di lapangan terbang kedua terbesar Bangladesh di bandar pelabuhan Chattogram hari ini merampas 200 jongkong emas seberat lebih 23 kilogram, lapor agensi berita China Xinua.

Pegawai Jabatan Perisikan Kastam yang enggan dikenali memaklumkan Xinhua bahawa pihaknya menemui 200 jongkong emas yang ditinggal dalam tandas sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines.

Penerbangan Biman Bangladesh Airlines tiba di Chattogram kira-kira 242 kilometer di tenggara ibu kota Dhaka, dari Dubai pada jam 6 pagi waktu tempatan.

Menurut pegawai itu, jongkong emas terbabit bernilai kira-kira 100 juta taka (kira-kira US$1.43 juta).

Tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung rampasan itu. – Bernama, 8 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen