PM perlu tuntut jawapan dari Cawangan Khas berhubung orang hilang, kata Suaram


Bede Hong

Penasihat Suaram Kua Kia Soong berkata pihaknya akan terus kekal dengan gesaan untuk pembaharuan dasar, seperti menghentikan tahanan tanpa bicara dan penderaan.– Gambar fail The Malaysian Insight 8 April, 2019

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu campur tangan dan “menuntut jawapan” dari pasukan Cawangan Khas selepas ia dikaitkan dengan kehilagan orang awam, kata penasihat Suaram Kua Kia Soong. 

“Secara prinsipnya, Cawangan Khas boleh menjawab kepada ketua polis negara, menteri dalam negeri dan perdana menteri, kata Kua kepada The Malaysian Insight.

“Dalam tuduhan yang serius oleh Suhakam, PM sendiri perlu campur tangan dan menuntut jawapan daripada SB namun beliau cuba mengelak dengan mempersoalkan ‘kekurangan bukti’ Suhakam dan mengatakan ia hanya berdasarkan khabar angin.”

“Jadi masalahnya ialah PM enggan menganggap perkara ini perlu cepat ditangani.”

Kua berkata Suaram akan terus kekal dengan gesaan untuk pembaharuan dasar, seperti menghentikan tahanan tanpa bicara dan penderaan. 

Suhakam yang menjalankan siasatan awam terhadap kehilangan Pastor Raymond Koh dan pengasas Perlis Hope Amri Che Mat, minggu lalu menympulkan bahawa pasukan Cawangan Khas yang menculik kedua-dua aktivis itu.

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai berkata, dua individu terbabit diculik oleh pasukan Cawangan Khas dari ibu pejabat polis Bukit Aman dan tidak pernah ditemui. 
 
Mah turut memberitahu The Malaysian Insight bahawa polis cuba menghentikan siasatan kehilangan Koh. 

Mereka tidak memberikan saksi penting, enggan menyediakan bahan bukti yang tidak suit dan beberapa pengawai polis yang memberi keterangan “tidak bebas” dalam keterangan mereka, kata Mah.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun, yang akan bersara bulan depan, merupakan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman ketika kehilangan Amri pada November 2016 dan Koh pada Februari 2017.

Dr Mahathir minggu lalu berkata, pengganti Fuzi peru menyiasat dapatan Suhakam bahawa Cawangan Khas polis terlibat di sebalik kehilangan itu. – 8 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen