Adik lelaki ikon perjuangan Palestin ditahan Israel


Ahed Al-Tarmimi (dalam foto) dan ibunya telah ditahan pada akhir 2017 oleh pihak berkuasa Israel namun kedua-duanya dibebaskan pada lewat Julai tahun lalu selepas meringkuk selama lapan bulan dalam penjara. – Gambar fail EPA, 8 April, 2019.

TENTERA Israel menahan adik lelaki ikon perjuangan Palestin, Ahed al-Tamimi, dalam satu serbuan di Tebing Barat yang diduduki rejim itu pada awal Isnin, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan ibu mereka. 

“Pasukan tentera Israel telah menyerbu kediaman kami di Kampung Nabi Sali berhampiran Ramallah dan menahan anak lelaki saya Mohamed,” kata Nariman al-Tamimi. 

“Tindakan tentera Israel menahan anak lelaki saya bertujuan memecah-belahkan keluarga kami,” katanya. 

Alasan di sebalik penahanan itu masih tidak jelas dan tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. 

Ahed Al-Tarmimi dan ibunya telah ditahan pada akhir 2017 oleh pihak berkuasa Israel namun kedua-duanya dibebaskan pada lewat Julai tahun lalu selepas meringkuk selama lapan bulan dalam penjara.

Remaja perempuan berusia 17 tahun itu telah ditahan dan dipenjarakan kerana didakwa “menyerang” seorang anggota tentera Israel. – Bernama, 8 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen