Audit LTAT tipu, kata Mat Sabu


Timothy Achariam

Presiden Amanah yang juga Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bersalam dengan orang ramai ketika berkempen di Kg Mambau, malam tadi untuk PRK Rantau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 8 April, 2019.

LAPORAN audit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2018 banyak penipuan, kata menteri pertahanan, malam tadi.

Mohamad Sabu berkata laporan audit kewangan LTAT akan diumumkan sekali lagi kerana laporan terdahulu hanya direka-reka.

Laporan audit tabung pencen tentera yang diumumkan tahun lalu tidak mencerminkan situasi kewangan sebenar, kata Mohamad ketika berkempen di Kg Mambau, malam tadi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

“Tidak lama lagi, audit LTAT akan diumumkan. Laporan audit 2018 penuh penipuan,” katanya.

Mohamad berkata orang Melayu tidak sepatutnya menyalahkan pemimpin Cina kerana perkara ini, mencari kesilapan pentadbiran terdahulu Barisan Nasional (BN).

“Siapa dalam tabung pencen? Melayu atau Cina? Siapa curi? Siapa menipu? Awak curi dan awak tipu dan kemudian awak salahkan Cina,” katanya dalam ucapannya.

“Berapa lama awak nak main politik (perkauman) seperti itu? Macam kami (kerajaan) tidak ada maruah untuk pertahankan orang Melayu.”

Tabung Haji turut mengalami nasib sama seperti LTAT kerana BN memanipulasi laporannya untuk memberikan hibah 6% sedangkan tabung itu mengalami kerugian berbilion ringgit, katanya.

LTAT mengumumkan dividen dan bayaran bonus 12.5% pada 2017, lebih tinggi daripada 11.3%, puratanya sejak ditubuhkan 45 tahun lalu.

Bayaran itu terdiri daripada 6% dividen dan 6.5% bonus khas.

Mat Sabu berkempen untuk calon Pakatan Harapan Dr S. Streram dalam PRK yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Calon lain ialah Mohamad Hasan daripada BN yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan dan pemangku presiden Umno, serta dua calon bebas R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin. – 8 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Sila audit LTAT YB tapi tak payah la nak gempar gempurkan isu ini melalui media tepi corridor. Buat audit senyap senyap dan hasilnya dibentangkan di Parliament atau di sidang akhbar kementrian atau di LTAT sendiri. Ni belum apa apa YB sudah jual minyak takut minyak tu membakar diri.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Teruna Kelana · Ulasan