Tiada kemerdekaan untuk Catalonia, kata PM Sepanyol


Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez tidak mahu Perlembagaan Sepanyol dicabuli dengan memberi kemerdekaan kepada Catalonia. – Gambar EPA, 7 April, 2019.

TIADA kemerdekaan untuk untuk Catalonia, atau membuat referendum jika golongan sosialis kembali berkuasa, kata Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez.

“Tidak adalah tidak,” kata Sanchez pada satu pertemuan Parti Sosialis di Zaragoza, menjelang pilihan raya umum pada 28 April ini.

“Jika sosialis membentuk kerajaan, tiada kemerdekaan diberikan kepada Catalonia, tiada referendum untuk kemerdekaan dan Perlembagaan Sepanyol di Catalonia tidak akan dilanggar, ia tidak akan berlaku,” katanya.

Sanchez berkata demikian selepas pemimpin sosiali di Catalonia, Miquel Iceta mendakwa 65% penduduk Catalonia mahu kemerdekaan dan demokrasi diperlukan untuk mencapainya.

Kenyataan Iceta itu dikritik hebat oleh pembangkang berhaluan kanan dari Parti Rakyat dan mengundang khabar angin yang mengatakan Sanchez sedia membuat perjanjian dengan puak pemisah Catalonia.

12 pemimpin Catalonia dibicarakan di Madrid kerana mengadakan referendum kemerdekaan pada 1 Oktober 2017 walaupun dilarang mahkamah.

Kebanyakan puak pemisah mendakwa pemimpin mereka dipenjarakan atas alasan politik dan tidak akan mendapat perbicaraan adil. – AFP, 7 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen