PEMIMPIN tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei telah meminta Iraq untuk menuntut pasukan AS meninggalkan negara itu “secepat mungkin” ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq di Tehran.
“Anda harus mengambil tindakan untuk memastikan Amerika mengeluarkan pasukan mereka dari Iraq secepat mungkin kerana di mana sahaja mereka kekal di satu-satu tempat, membuat mereka menjadi masalah kemudiannya,” kata Khamenei pada hari Sabtu dalam laman web rasminya.
“Kerajaan dan parlimen sekarang di Iraq dan tokoh-tokoh politik bukanlah apa yang AS mahu, mereka bercadang untuk singkirkan mereka dari politik Iraq,” katanya kepada Perdana Menteri Iraq, Adel Abdel Mahdi.
Abdel Mahdi, dalam lawatan rasmi pertamanya ke Iran, turut bertemu dengan Presiden Hassan Rouhani, yang melawat Iraq bulan lalu.
Baghdad berada di bawah tekanan Washington untuk menghadkan hubungan dengan negara jirannya itu, terutama selepas Amerika Syarikat menarik balik perjanjian nuklear Iran tahun lalu dan memulakan sekaran terhadap Tehran.
Iran mempunyai hubungan rapat namun kompleks dengan Iraq, ia mempunyai pengaruh yang signifikan di kalangan kumpulan-kumpulan politik Syiah di negara itu.
Kedua-dua negara ini berperang dari 1980 hingga 1988 dan pengaruh Tehran di Baghdad meningkat selepas pencerobohan yang diketuai oleh AS terhadap Iraq bagi menggulingkan kerajaan Saddam Hussein.
Iran adalah negara pertama yang bertindak balas terhadap gesaan Iraq untuk bantuan selepas pengganas Daesh menawan ibu negara Iraq, Mosul pada tahun 2014 dan mengancam untuk menawan Baghdad dan Kirkuk.
Tehran menghantar “penasihat tentera” dan peralatan bersama dengan komander Pasukan Qods, kumpulan elit Revolusioner terkenal Qasem Soleimani untuk menghalang Daesh dari menghampiri sempadan di bahagian baratnya. – AFP, 7 April, 2019.
Komen