Bekas presiden Maldives kembali dengan kemenangan besar 


Bekas presiden Maldives Mohamed Nasheed akan kembali menerajui Maldives di peringkat tertinggi.– Gambar EPA, 7 April, 2019

BEKAS presiden Maldives yang sebelum ini hidup dalam buangan membawa kemenangan besar partinya hanya lima bulan selepas beliau kembali ke negara itu, menurut keputusan awal pada Ahad.

Mohamed Nasheed, 51, akan kembali menerajui negara itu di peringkat tertinggi selepas partinya Maldivian Democratic Party (MDP) mendahului dua pertiga majoriti bagi 87 kerusi.

Pilihan raya pada Sabtu itu merupakan ujian kepada pandangan rakyat negara itu sejak bekas presidan yang juga pesaing kepada Mohamed, Abdulla Yameen dipaksa meletakkan jawatan selepas penggal pertamanya, dan berdepan pertuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan.

Mohamed Nasheed kembali ke negara tu selepas bekas timbalan presidennya Ibrahim Mohamed Solih mendapat kemenangan yang tidak dijangka pada pilihan raya presiden September lalu. Yameen sebelum ini menghalang Mohamed Nasheed daripada bertanding.

Keputusan awal pada Sabtu menunjukkan MDP memenangi 50 daripada 87 kerusi, manakala media swasta melaporkan parti ti sebenarnya memenangi 68 kerusi.

“Maldives akan menerima era baharu,” kata Mohamed kepada penyokongnya di Male pada Ahad.

Pegawai pilihan raya menganggarkan jumlah keluar mengundi adalah antara 70% dan 80%, iaitu menurun berbanding 89% yang direkodkan pada pilihan raya presiden pada September yang menyaksikan Yameen ditumbangkan. – AFP, 7 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen