Jumlah pelancong meningkat 2 kali ganda pada maraton Korea Utara 


Acara maraton tahunan Pyongyang embeeri peluang kepada pelancong untuk meneroka bandaraya itu melalui larian.– Gambar EPA, 7 April, 2019

JUMLAH pelancong meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu di Pyongyang ketika acara maraton tahunan bandaraya itu, kata pihak berkuasa pelancongan, yang mana pengurangan ketegangan menyaksikan jumlah pelancong ke negara itu bertambah.

Acara berkenaan yang merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun kelahiran pengasasnya Kim Il Sung pada 1912, merupakan acara utama dalam kalendar pelancongan negara itu.

Kira-kira 950 orang pelancong dari Barat meyertai acara berkenaan, menurut agensi pelancongan Koryo Tours, berbanding kira-kira 450 orang tahun lalu.

Jumlah penyertaan itu hampir mengembalikan jumlah peserta ada 2017, sebelum ketegangan memuncak ketika Korea Utara melancarkan beberapa siri peluru berpandu dan pemimpinnya Kim Jong Un bertelagah dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Pada tahun yang sama, Washington turut menyekat warganya daripada melawat Korea Utara susulan kematian pelajar AS, Otto Warmbier yang dipenjarakan atas dakwaan cuba mencuri poster propaganda dan mati secara misteri selepas seminggu dibebaskan.

Beberapa negara turut mengeluarkan amaran perjalanan, yang memberi kesan terhadap industri pelancongan Korea Utara. – AFP, 7 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen