PEMANDU pelancong tampil untuk berkongsikan pengalaman mereka dengan masalah yang dihadapi pelancong, berikutan kenyataan timbalan menteri pelancongan bahawa kesesakan di pusat pemeriksaan di Johor Bahru menjadi punca penurunan jumlah kemasukan pelancong Singapura ke Malaysia.
Tempoh menunggu yang lama di pusat pemeriksaan imigresen di sempadan Johor-Singapura menyebabkan pelancong tidak selesa dan mengecewakan pemandu pelancong, terutamanya ketika waktu puncak dari Mac hingga April, kata pemandu pelancong.
Kini sudah menjadi sebahagian daripada skop tugas pemandu pelancong untuk segera memohon maaf kepada pelanggan sebaik sahaja kumpulan mereka selesai urusan imigresen, kata pemandu pelancong Koh Cher Hao.
“Urusan kastam mengambil masa kira-kira lima hingga enam jam. Pelanggan kami biasanya tidak suka dengan tempoh menunggu yang panjang,” kata Koh.
Ia menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan buat pemandu pelancong, yang menjadi sasaran pelancong mengadu lapar dan mahu ke tandas.
“Pelanggan mencemuh kami, dan mempersoalkan tentang Malaysia. Mereka menyatakan perkara seperti ‘ia tidak sebaik Afrika Selatan’, dan mereka datang ke negara dunia ketiga,” tambah Koh.
Malah, ketika musim puncak, Koh berkata hanya tiga atau emoat kaunter imigresen yang beriperasi, menyebabkan proses kastam lambat.
Apabila beliau menguruskan kumpulan pelancong yang datang ke Malaysia dari Singaura, Koh meninggalkan Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi agar beliau tiba ke pusat pemeriksaan Johor pada pukul 11 pagi, yang mana beliau terpaksa melalui proses pelepasan untuk memasuki Singapura dan mengambil kumpulan pelancongnya pada pukul 2 petang.
Kemudian, beliau akan mengulangi proses yang sama bersama kumpulannya, menunggu sehingga pukul 11 malam untuk semua proses melibatkan kumpulannya selesai.
“Kami boleh faham mengapa pelanggan akan marah.”
Koh berkata, pihak berkuasa perlu cuba memahami apayang terpaksa dilalui pemandu dan agensi pelancongan dalam usaha mereka untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan kepada dunia.

“Ahli politik perlu berhenti mengkritik kami tidak profesional dan menyatakan kami perlu dilatih.”
Minggu lalu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata ketibaan pe;ancong dari Singapura ke Malaysia menurun sehingga 2 juta orang tahun lalu, dan menyatakan kesesakan di pusat pemeriksaan Johor Bahru sebagai punca.
Kira-kira 10.2 juta ketibaan pelancong direkodkan di sempadan pada 2018, berbanding 12 juta pada tahun sebelumnya.
Seorang lagi pemandu pelancong, Paul Yap berkata, lebih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan imej negara kepada pelancong daripada meletakkan kesalahan kepada pemandu pelancong.
Sekurang-kurangnya, pihak berkuasa perlu menyediakan kemudahan tandas yang lebih bersih di pusat pemeriksaan.
“Kesesakan di pusat pemeriksaan adalah kerana jumlah pelancong yang ramai. Di sini juga pelancong menggunakan kemudahan tandas. Mengapa kerajaan tidak boleh menjaga kebersihan dan perhidmatan mereka? Adakah mereka kekurangan bajet?” soal Yap.
Pemandu pelancong Lim Lai Leong turut bersetuju dengan Yap mengenai keadaan tandas di pusat pemeriksaan.
“Tandas awam mencerminkan imej negara. Keadaan tandas yang kotor memberi kesan kepada pelancong yang menggunakannya.”
Memandangkan proses pemeriksaan mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh jam, pemandu pelancong juga terpaksa membungkus makanan untuk pelanggan mereka.
Ini membawa kepada kritikan yang mana tepi jalan raya dipenuhi sampah pembungkus makanan.
“Pemandu pelancong berdepan pelbagai masalah untuk membawa pelancong ke Malaysia. Dan kami dikritik. Kami turut berasa kecewa,” tambah Lim.
Koh berkata, masalah kesesakan itu boleh diselesaikan dengan memperbesarkan pusat pemeriksaan di Johor Bahru dengan idea seperti membina lebih banyak jambatan dengan Singapura.
Katanya, pusat pemeriksaan Tuas tidak mampu menampung bas pelancongan yang besar, keadaan lalu lintas untuk ke pusat pemeriksaan Johor Bahru menjadikan ia lebih sesak.
“Kami percaya bahawa penyelesaian bagi masalah kesesakan di pusat pemeriksaan Tuas hanya melalui pengembangan. Mengapa kerajaan baharu mencadangkan pembinaan jambatan baharu, berbanding memperbesarkan pusat pemeriksaan?
Kesesakan dilaporkan semakin teruk kebelakangan ini, terutamanya ketika musim cuti persekolahan di Singapura pada Mac, sehingga di Link Kedua yang dibina untuk menyuraikan trafik antara Singapura dan Johor, dipenuhi kenderaan, menyebabkan kesesakan sehingga lapan jam yang turut menyaksikan pelancong dari China menari dan menyanyi di tengah jalan untuk mengisi masa mereka.
Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor Liow Cai Tung berkata, kerajaan negeri mempunyai penyelesaikan berhubung masalah ini.
Ini termasuk menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk melihat isu tersebut dan mengatur anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk mengawal trafik bagi menghalang barisan yang tidak perlu di pusat pemeriksaan.
Menteri Besar Johor, Osman Sapian juga berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Pejabat Perdana Menteri untuk membincangkan mengenai masalah kesesakan di pusat pemeriksaan. – 7 April, 2019
Komen