PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata beliau memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Israel tidak akan mengeluarkan walaupun “seorang” dari kawasan jajahannya sebagai sebahagian daripada perancangan perdamaian di masa hadapan.
“Saya berkata tidak sepatutnya wujud pemindahan warga walau di satu penempatan,” yang wujud di Tebing Barat yang diduduki Israel, kata Netanyahu di televisyen Israel 13 dalam siaran wawancara pada hari Jumaat.
Washington dijangka akan memperkenalkan cadangan bagi usaha keamanan Israel-Palestin selepas pilihan raya Israel di mana Netanyahu mahu meneruskan pemerintahannya bagi penggal kelima.
Perdana menteri Israel itu ditanya sama ada beliau sudah biasa dengan perincian rancangan Amerika Syarikat, menjawab beliau tahu “apa yang sepatutnya wujud di dalamnya.”
Di samping penempatan-penempatan yang ada, “kawalan berterusan kami di seluruh wilayah barat Sungai Jordan” adalah lanjutan syarat yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Israel dalam inisiatif perdamaian yang diterajui oleh AS.
Netanyahu berkata beliau memaklumkan kepada Trump bahawa “tidak seorang pun” akan diusir dari penempatan yang wujud, kata beliau memberitahu Channel 13, beliau turut berkata dirinya meragui permintaan itu akan dibuat oleh pihak AS.
Sekiranya langkah itu dibentangkan, Israel akan menarik diri dari rancangan Washington tersebut, tegas Netanyahu lagi.
Penempatan yang dibina di atas tanah yang diduduki oleh Israel dalam Perang Enam Hari 1967 disifatkan sebagai tidak sah oleh masyarakat antarabangsa dan pembinaan bangunan yang dilihat terus berlangsung dilihat sebagai penghalang utama daripada mencapai keamanan di rantau itu. – AFP, 6 April, 2019.
Komen