AHMAD Zahid Hamidi bersedia untuk menamatkan cuti jika perlu bagi mengukuhkan Umno.
Zahid yang merupakan presiden parti Umno, sebelum ini mengambil cuti dari melaksanakan tugasnya dalam parti itu sejak beliau menghadapi pertuduhan di mahkamah untuk beberapa kes. Beliau berkata tidak ada garis masa bagi beliau untuk kembali aktif berpolitik kerana masih bercuti.
“Sekiranya saya bercuti, ia adalah untuk menguatkan parti, saya tidak mempunyai garis masa, ada panggilan dari ahli parti (untuk kembali).
“Yang paling penting, ialah jika saya diperlukan maka saya akan kembali semula,” katanya di sesi acara forum “Politik Malaysia Baharu” di PWTC.
Disember lepas, Zahid berkata beliau akan bercuti daripada tugas jawatan presiden Umno. ia kemudian dipangku oleh timbalannya, Mohamad Hasan.
Percutian beliau itu diumumkan selepas Zahid dijatuhkan dengan 45 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan wang bernilai lebih daripada RM114 juta.
Zahid juga berharap pemangku presiden Umno Mohamad Hasan akan melakukan yang terbaik untuk menyatukan ahli parti.
Mohamad mengambil alih peranan itu apabila Zahid umum bercuit pada 19 Disember tahun lalu.
Zahid berkata walaupun ‘Bossku’ (bekas perdana menteri Najib Razak) berdepan pelbagai pertuduhan jenayah, beliau masih lagi popular dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Jika beliau berdepan 42 pertuduhan dan saya mempunyai 47 dakwaan. Bagaimana saya boleh melakukan jenayah pecah amanah dan menipu duit saya sendiri?” soalnya. – 6 April, 2019.
Komen