BEKALAN elektrik kembali pulih di Semenanjung Yucatan, tenggara Mexico selepas penduduk di kawasan itu bergelap selama empat jam, termasuk kawasan pelancongan popular Cancun, Cozumel dan Isla Mujeres.
“Perkhidmatan elektrik pulih 100% di tiga negeri yang terjejas,” kata Suruhanjaya Elektrik Persekutuan (CFE) dalam satu kenyataan.
Pengarah CFE Manuel Bartlett sebelum itu menyalahkan aktiviti pembakaran terbuka di sebuah ladang tebu yang menyebabkan kerosakan pada kabel elektrik, sekali gus mencetuskan masalah itu.
Bulan lalu, kejadian yang serupa juga berlaku di lokasi yang sama.
Kejadian itu menyebabkan 1.6 juta penduduk di Yucatan, Quintana Roo dan Campeche terjejas, selain rangkaian telefon juga mengalami gangguan. – AFP, 6 April, 2019.
Komen