DUA kanak-kanak terbunuh manakala lapan lagi parah apabila bom yang tidak meletup meledak di sebuah sekolah, lapor PBB.
Kanak-kanak menemui bom berkenaan dan membawanya ke sekolah Al-Fatah di daerah Hamdan di Sanaa pada Rabu untuk tunjukkan kepada rakannya, kata Unicef dalam satu kenyataan.
Mangsa terkorban melibatkan kanak-kanak berusia antara 12 dan 14 tahun.
Kanak-kanak sering menjadi mangsa bom yang tidak meletup, kerana gagal menyedari tentang bahayanya.
“Sebagaimana yang dapat kita lhat di Syria, Iraq dan negara bergolak lain, kanak-kanak terus menjadi mangsa akibat keganasan selagi ia tida berakhir,” kata ketua komunikasi serantau Unicef, Juliette Touma.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 10,000 rakuyat Yaman terbunuh sejak 2015, apabila Aran Saudi dan sekutunya mula campir tangan bagi mengelakkan kekalahan kerajaan yang berdepan dengan pemberontak.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, jumlah kematian sebenar adalah beberapa kali ganda lebih tinggi.
Konflik di negara itu turut menyebabkan rakyat Yaman diancam kebuluran, yang disifatkan oleh PBB sebagai krisis kemanusiaan paling buruk di dunia. – AFP, 5 April, 2019
Komen