AS, China, Rusia perlu henti perbelanjaan untuk senjata, kata Trump


Presiden Donald Trump memaklumkan pemberita di Rumah Putih bahawa Amerika Syarikat (AS), Rusia dan China harus berhenti membelanjakan wang mengeluarkan senjata sebaliknya melabur ke arah keamanan jangka panjang. – Gambar EPA, 5 April, 2019.

WASHINGTON, 5 April (Bernama)—Presiden Donald Trump memaklumkan pemberita di Rumah Putih bahawa Amerika Syarikat (AS), Rusia dan China harus berhenti membelanjakan wang mengeluarkan senjata sebaliknya melabur ke arah keamanan jangka panjang, lapor agensi berita Sputnik.

“Antara Rusia, China dan AS semua menghabiskan beratus-ratus bilion dolar untuk mengeluarkan senjata bernilai berbilion dolar termasuk nuklear yang tidak masuk akal.

“Saya fikir lebih baik jika kita sepakat dan tidak mengeluarkan senjata ini… saya rasa ketiga-tiga negara boleh mencapai kata sepakat dan menghentikan perbelanjaan ini sebaliknya berbelanja ke atas perkara yang lebih produktif ke arah keamanan jangka panjang,” kata Trump.

Perdana Menteri , Liu He yang hadir di Rumah Putih berkata, beliau setuju dengan idea Trump. – Bernama, 5 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen