MAYAT tentera Israel yang hilang sejak Perang Lubnan pada 1982 ditemui oleh tentera Rusia dan Syria, kata Presiden Vladimir Putin pada Khamis.
Sarjan Kelas Pertama Zachyary Baumel disenaraikan sebagai orang hilang bersama dua lagi tentera Israel selepas peperangan dengan pasukan tentera Syria di sebuah perkampungan Lubnan.
Rusia berkata, pihaknya akan memyerahkan mayat berkenaan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang melawat Putin selama lima hari sebelum berdepan pilihan raya dalam percubaannya untuk memgekalkan jawatan bagi penggal kelima.
Netanyahu, 69, bertanding pada pillihan raya 9 April ini walaupun berdepan pendakwaan rasuah dan pakar mengatakan beliau berharap lawatannya ke Moscow akan meningkatkan peluang kemenangannya pada pilihan raya.
“Tentera kami bersama sekutu Syria menemui perkuburannya, kata Putin berhubung Baumel.
“Kami sangat gembira beliau akan menerima penghormatan ketenteraan di tanah air sendiri.”
Netanyahu berkata Baumel akan dikebumikan dalam satu upacara yang akan diadakan di Israel Khamis depan. – AFP, 4 April, 2019
Komen