Kelewatan dalam kes Najib 'luar biasa', kata Dr Mahathir 


Alfian Z.M. Tahir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kes yang menjadi tumpuan umum seperti ini perlu didengar dengan secepat mungkin.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 April, 2019

LUAR biasa bagi kes yang menjadi tumpuan umum seperti kes Najib Razak mengambil masa hampir enam bulan untuk didengar, kata Dr Mahathir Mohamad. 

“Sama ada beliau lakukan taktik penangguhan atau tidak, ia tetap mengambil masa enam bulan untuk kes itu didengar. 

“Ini adalah luar biasa. Kes yang menjadi tumpuan umum seperti ini perlu didengar dengan secepat mungkin,” kata perdana menteri di Kuala Lumpur hari ini. 

“Jika kamu tangguh, kamu tidak akan dapat kelebihan penuh perbicaraan,” tambahnya. 

Beliau merujuk kepada perbicaraan Najib atas tujuh tuduhan melibatkan SRC International Sdn Bhd, yang bermula semalam walaupun terdapat cubaan di saat akhir pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan dengan memfailkan usul berdasarkan undang-undang. 

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah mempersoalkan mengapa usul mengenai perkara undang-undang hanya difailkan semalam ssedangkan tuduhan itu difailkan terhadap Najib Ogos lepas.

“Usul ini telah dibentangkan hari ini sedangkan dakwaan difailkan Ogos lalu. Tidak ada keperluan untuk mendengar usul sekarang dan oleh itu perbicaraan perlu bermula sekarang,” kata hakim berkenaan. 

Selepas mendengar bukti dari saksi pendakwaan yang pertama, perbicaraan telah ditetapkan untuk didengar dari 15 April hingga 10 Mei.

Bagaimanapun, Najib mempunyai satu lagi cubaan di mahkamah persekutuan esok untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu kesimpulan terhadap beberapa permohonan interlokutori yang berkaitan dengan kes itu. – 4 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen