POLIS perlu menangani aduan yang timbul daripada laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menyalahkan pasukan Cawangan Khas di atas kehilangan dua aktivis, kata Dr Mahathir Mohamad.
“Apa pun aduan yang diterima oleh polis, mereka perlu menanganinya. Kita tidak perlu takut,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Malah katanya, beliau masih belum menerima laporan daripada Suhakam tetapi sudah mendengar mengenainya.
Beliau menambah, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu berdasarkan penemuan Suhakam.
“Kami akan mengambil tindakan apabila kami yakin ia perlu diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi mengawal selia kuasa itu.
Dr Mahathir berkata, sekiranya Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) dan G25 Malaysia mahu siasatan bebas berhubung kes itu, mereka boleh meneruskan rancangan mereka.
Terdahulu hari ini, Patriot dan G25 mendesak kerajaan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap polis.
Semalam, Suhakam menyimpulkan bahawa pastor Raymond Koh dan pengasas Perlis Hope, Amri Che Mat yang hilang sejak 2017 diculik oleh pasukan Cawangan Khas polis.
Suhakam menubuhkan siasatan pada tahun lepas untuk menentukan sama ada Koh, Amri dan dua yang lain – Pastor Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth merupakan mangsa hilang paksa. – 4 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen