7 maut dalam letupan terowong lebuh raya di barat daya China


Tujuh maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden letupan di sebuah terowong lebuh raya yang sedang dibina di barat daya wilayah Yunnan, China pada Isnin lalu. – Gambar EPA, 4 April, 2019.

TUJUH maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden letupan di sebuah terowong lebuh raya yang sedang dibina di barat daya wilayah Yunnan, China pada Isnin lalu, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan hari ini.

Letupan berlaku pada kira-kira jam 8 malam di terowong berhampiran Weixin County yang merupakan bahagian lebuh raya menghubungkan Bandar Yibin dalam wilayah Sichuan dan bandar Bijie di wilayah Guizhou.

Gas berkepadatan tinggi yang terdapat dalam terowong disyaki menjadi punca letupan.

Pada mulanya, dua orang ditemui mati manakala nasib lima lagi tidak diketahui. 

Para penyelamat melakukan operasi mencari selama lebih 40 jam sebelum menemui mayat mangsa yang dikatakan hilang pada Rabu. – Bernama, 4 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen