SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengalu-alukan langkah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peranan polis dalam kehilangan dua aktivis berkata, adalah lebih penting untuk memulakan pasukan khas.
Pesuruhjayanya Mah Weng Kwai berkata adalah penting bagi menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Perlis Hope Amri Che Mat.
“Siasatan (polis) dalam kedua-dua kes adalah kekurangan dan tidak cukup teliti.
“RCI dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) boleh menguruskannya kemudian,” katanya di ibu pejabat Suhakam hari ini.
Awal hari ini, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedia untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat peranan polis dalam kehilangan itu sejak lebih tiga tahun lalu.
Beliau berkata, kementeriannya perlu mengkaji laporan Suhakam yang menunjukkan pasukan Cawangan Khas dari ibu pejabat polis Bukit Aman bertanggunjawab menculik dua aktiviss terbabit.
Mah berkata banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan terdapat ramai saksi untuk ditemui.
“Lebih banyak siasatan perlu dijalankan dan itu sebabnya pasukan khas ini penting.”
Ditanya mengenai siasatan Joshua dan Ruth Hilmy, Mah berkata Suhakam akan menetapkan tarikh sebaik sahaja panel pesuruhjaya baharu dipilih.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh masa bagi siasatan itu.
Ruth merupakan isteri kepada Joshua merupakan seorang mualaf, yang hilang pada 2016 kini menjadi tumpuan siasatan awam Suhakam.
Tidak banyak yang diketahui tentang pasangan ini, yang kedua-duanya berusia 49 tahun, sehingga laporan polis dibuat oleh adik Ruth, Iman Setiawan Sitepu, 37, dan adik perempuannya Ram Ram Elisabeth, 42, pada Mac tahun lalu. – 4 April, 2019
Komen