Ahli Parlimen UK lulus rang undang-undang tangguh Brexit


Ahli parlimen Britain meluluskan satu rang undang-undang semalam yang memaksa Perdana Menteri, Theresa May meminta penangguhan lanjutan berhubung langkah UK meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) bagi mengelak senario tiada perjanjian. – Gambar EPA, 4 April, 2019.

AHLI parlimen Britain meluluskan satu rang undang-undang semalam yang memaksa Perdana Menteri, Theresa May meminta penangguhan lanjutan berhubung langkah UK meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) bagi mengelak senario tiada perjanjian, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Undang-undang itu yang juga dikenali sebagai Rang Undang-Undang Cooper kerana diusulkan oleh anggota parlimen Parti Buruh Yvette Cooper diluluskan selepas meraih sejumlah 313 undi menyokong berbanding 312 yang menentang.

Langkah itu dibuat pada hari yang sama May dan pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn bertemu bagi membincangkan idea untuk memecah kebuntuan berkaitan isu Brexit.

Kedua-dua pemimpin akan menyambung rundingan mengenai Brexit pada Khamis selepas Downing Street dan Parti Buruh menyifatkan rundingan awal itu sebagai sesuatu yang membina. – Bernama, 4 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen