PASANGAN dari Quebec, Canada menang Can$1 juta (AS$750,000) selepas terjumpa tiket loteri yang terselit dalam sebuah buku berbulan lamanya, kata syarikat Loto-Quebec semalam.
Hanya pada minggu lepas baru Nicole Pedneault and Roger Larocque menyedari mereka memenangi tiket yang dicabut pada pada 5 April, 2018.
Tiket itu terjatuh dari halaman dari sebuah buku mengenai Jepun yang dibaca Pedneault bersama cucunya.
“Perkara pertama yang saya buat bila jumpa tiket itu ialah periksa tarikh luput tiket itu di laman web Loto-Quebec,” katanya.
Beliau bernasib baik kerana tiket itu masih sah sehingga esok. – AFP, 4 April, 2019.
Komen