LEBIH 20,000 keluarga di Paraguay terjejas akibat banjir teruk selepas dua minggu hujan lebat menyebabkan sungai utama negara itu melimpah keluar dari tebing, kata pihak berkuasa susulan darurat diumumkan di ibu kota.
Menteri Bencana Nasional Joaquin Roa membuat pengumuman itu selepas ramalan cuaca berkata ia akan berterusan sepanjang minggu ini.
Sungai Paraguay yang sepanjang kira-kira 1,000km utara ke selatan dan memisahkan negara itu kepada dua bahagian, dijangka akan terus melimpah.
Darurat 90 hari diisytiharkan di Asuncion semalam akibat banjir. Paling teruk terjejas ialah kira-kira 5,000 keluarga di kawasan Banado Sur di pinggir bandar itu.
Mangsa banjir memerlukan semua jenis bantuan, kata pihak berkuasa kerajaan tempatan.
Sungai Paraguay melalui Asuncion mengalir dan bertembung dengan Sungai Parana di Argentina. – AFP, 4 April, 2019.
Komen