SERAMAI 62 terbunuh minggu ini dalam serangan militan dan pergaduhan antara suku di utara Burkina Faso, kata menteri.
“Terdapat 62 kematian,” kata Menteri Untuk Pentadbiran Wilayah Simeon Sawadogo.
Jumlah itu bagi tempoh antar Ahad dan Selasa di kawasan Arbina, berhampiran sempadan Mali.
“Seramai 32 maut kerana pengganas. Sementara 30 lagi maut kerana konflik komuniti, salah faham antara Kouroumba, Peuls, Mossis dan lain-lain.”
Pengganas militan “mengejar dan membunuh orang”, kata Sawadogo dalam satu kenyataan disiarkan di televisyen, menambah sembilan lagi diculik.
Kumpulan bersenjata pada malam Ahad lalu menyerbu kampung Hamkan, 7km dari Arbinda, di mana mereka membunuh ketua agama di kampung itu, anak lelaki sulungnya dan anak saudara lelakinya, kata menteri.
“Susulan pembunuhan Sheikh Werem, berlaku pertembungan antara komuniti di Arbinda, yang menyebabkan serangan balas di kedua-dua pihak,” kata Sawadogo.
Menteri berkata orang ramai dari kampung berdekatan pergi ke Arbinda selepas keganasan itu.
“Situasi keselamatan sangat teruk,” katanya, menambah langkah keselamatan tambahan sudah dikuatkuasakan.
Burkina Faso, bekas jajahan Perancis, menyaksikan kebangkitan serangan besar-besaran, dipercayai dilakukan oleh kumpulan pelampau Islam – terutama daripada Ansaroul Islam group and the Group to Support Islam and Muslims (GSIM) – sejak empat tahun lalu.
Keganasan minggu ini berlaku susulan pembunuhan beramai-ramai 160 orang dalam serangan di kampung Fulani pada 23 Mac. – AFP, 4 April, 2019.
Komen