Laporan akhir Ethiopian Airlines terhempas mungkin didedah hari ini


Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas pada 10 Mac mengorbankan 157 penumpang dan anak kapal. – Gambar EPA, 4 April, 2019.

PIHAK berkuasa Ethiopia dijangka mengeluarkan laporan awal siasatan mengenai nahas membabitkan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines, hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh dua sumber kepada AFP, semalam.

“Laporan mengenai nahas pada 10 Mac membabitkan pesawat Ethiopian Airlines mungkin dikeluarkan pada Khamis di Ethiopia, iaitu waktu tengah malam di Amerika Syarikat,” kata sumber yang rapat dengan siasatan tetapi enggan dikenali.

Sejak bulan lalu, pihak berkuasa penerbangan di seluruh dunia bertindak menghentikan operasi Boeing 737 susulan nahas terbabit yang mengorbankan 157 penumpang dan anak kapal.

Kemalangan itu berlaku kira-kira lima bulan selepas nahas membabitkan pesawat sama milik Lion Air di Indonesia yang menyebabkan 189 mangsa terbunuh.

Semalam, The Wall Street Journal melaporkan juruterbang Ethiopian Airlines terbabit mengikut prosedur kecemasan yang ditetapkan oleh Boeing, tetapi masih gagal mengawal pesawat terbabit. – AFP, 4 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen