Siapa arah penculikan Koh dan Amri, soal kumpulan masyarakat sivil


Noel Achariam Ragananthini Vethasalam

Penyokong Kumpulan Tindakan Rakyat Terhadap Penculikan (Caged) menghantar memorandum ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya Februari lalu berhubung kehilangan aktivis.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 April, 2019

SIAPA yang arahkan penculikan dua aktivis dan dia yang mengetuai cubaan untuk menyembunyikannya?

Itu merupakan dua persoalan penting yang masih kekal misteri dalam siasatan berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Perlis Hope Amri Che Mat.

Jurucakap Kumpulan Tindakan Rakyat Terhadap Penculikan (Caged) Rama Ramanathan membangkitkan persoalan mengenai “siapa yang menculik mereka” sudah terjawab apabila Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 9Suhakam) dalam laporannya menuding jari kepada pasukan Cawangan Khas polis.

“Apa yang kami mahu tahu ialah siapa yang berikan arahan dan siapa arahkan untuk menutupnya?

“Ini sebabnya mengapa siasatan bebas diperlukan dan mengapa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diperlukan,” kata Rama kepada The Malaysian Insight.

Rama berkata kini masyarakat umum edar dua aktivis yang hilang merupakan mangsa kehilangan paksa selepas dapatan Suhakam menyimpulkan bahawa polis bertanggungjawab dalam kehilangan mereka lebih dua tahun lalu.

Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendefinisikan kehilamgan paksa adalah apabila seseorang individu itu secara sulit diculik atau dikurung oleh organisasi negeri atau politik, atau oleh pihak ketiga dengan kebenaran, sokongan atau persetujuan organisasi negeri atau politik.

“Kami kagum kerana ini adalah keputusan berani (oleh Suhakam) untuk menyatakan bahawa pasukan Cawangan Khas, yang bertindak daripada Bukit Aman, yang bertanggungjawab terhadap penculikan itu.

“Satu-satunya alasan mereka membuat keputusan itu adalah kerana cara yang kuat di mana panel siasatan menggunakan campuran proses inquisitorial,” katanya. 

Sistem inquisitorial merupakan sistem yang mana mahkamah secara aktif terlibat dalam mengambil bukti dengan menyiasat fakta kes. Ia bertentangan dengan sistem adversarial yang mana sebahagian besar rujukan mahkamah adalah antara pendakwaan dan pembelaan.

Susanna Liew (kanan) isteri Pastor Raymond Koh kelihatan menenangkan isteri aktivis Amri Che Mat, Norhayati Ariffin (tengah) ketika siasatan awam Suhakam menyampaikan keputusan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 April, 2019.

Rama berkata panel Suhakam semuanya pengamal undang-undang terlatih dan mereka yakin dengan hasil siasatan itu kerana cara ia menyemak bukti dan mencabarnya walaupun kurang kerjasama dari pihak polis.

“Siasatan Suhakam itu mengesahkan apa yang semua orang tahu - bahawa bukti menyokong kepercayaan umum bahawa polis tidak boleh dipercayai.

“Kerana had yang dikenakan terhadap Suhakam, sukar untuk menjawab soalan siapa yang mengarahkan penculikan ini,” katanya.

“Ini memalukan pasukan polis.

“Hanya seorang individu yang tampil sebagai saksi, namun beliau (Sarjan Shamzaini) kemudian menarik diri,” katanya.

Rama merujuk kepada Sarjan Shamzaini Mohd Daud yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas beliau didakwa memaklumkan isteri Amri, Norhayato Abdullah, bahawa pasukan daripada ibu pejabat polis Bukit Aman bertanggungjawab atas kehilangan suaminya dan Koh.

Bagaimanapun, beliau kemudian membuat laporan polis yang beliau menafikan memaklumkan apa-apa kepada Norhayati.

Caged versama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memainkan peranan penting dalam memulakan siasatan awam.

Pihak berkuasa perlu bertindak segera

Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia (CCM) Paderi Dr Hermen Shastri berkata, Amri dan Koh menjadi mangsa kepada kehilangan paksa kerana alasan yang berkait dengan agama telah mencemarkan imej negara.

“Ia merupakan titik hitam kepada negara kerana mereka yang hilang merupakan individu yang mengamalkan kebebasan beragama mereka atau memiliki pengaruh agama, dan disebabkan itu mereka diculik.

“Mereka bukan diculik atas sebab politik. Mereka diculik kerana sebab agama. Jadi ini terus kepada kebebasan beragama,” katanya.

Shastri berkata CCM berharap kerajaan akan mengambil serius mengenai perkara ini dan mencari penyelesaian seceoat mungkin, dan menambah siasatan bebas dan tidak memihak perlu dijalankan secepat mungkin.

Ini katanya, akan menunjukkan kerajaan serius dalam melaksanakan undang-undang.

Senada dengan Shastri, masyarakat sivil seperti Suaram dan Aliran turut menggesa kerajaan untuk menggesa untuk membuka siasatan.

Peguam dan wakil NGO mewakili Raymond Koh dan Amri Che Mat bercakap kepada media selepas keputusan siasatan awam Suhakam dibuat semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 April, 2019.

Menyifatkan dapatan Suhakam sebagai mengejutkan, Aliran berkata keutamaan perlu diberikan kepada mencari apa sebenarnya yang berlaku kepada mangsa dan siapa yang mengarahkan pelaku.

Kumpulan itu berkata, selain hanya mengenal pasti dalang, adalah oenting untik mementukan rangkaian arahan dan atas arahan siapa penculikan itu dijalankan.

“Pasukan penyiasat perlu melihat kepada konsep ‘kebolehkendalian yang munasabah’. Adakah penyebab bertindak sebagai kumpulan penyangak atau mereka menerima arahan dari rantaian arahan?

“Sekiranya aktiviti yang menyalahi undang-undang atau yang tidak disenangi dan tidak popular menjadi umum, pegawai tinggi mungkin menafikan pengetahuan tentang tindakan sedemikian untuk melindungi diri mereka dan mengalihkan kesalahan kepada ejen yang melakukan perbuatan itu, kerana mereka yakin bahawa keraguan mereka akan tidak dapat membuktikan sebaliknya.”

Penasihat Suaram Kua Kia Soong dalam satu kenyataan berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri telah mengekalkan ketidaktentuan yang tidak boleh diterima sejak penculikan berlaku.

“Mereka terus enggan mengakui yang mereka memainkan perana dalam penculikan atau mendedahkan di mana aktivis yang hilang.

“Kini mereka dituduh sebagai penculik adalah mereka dalam pasukan Cawangan Khas, KPN dan juga Kementerian Dalam Negeri yang mengarahkan penculikan perlu dibawa ke pengadilan.”

Kua turut menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara Tommy Thomas untuk campur tangan tanpa penangguhan dan membebaskan dua lelaki berkenaan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Menyifatkan kehilangan paksa sebagai jenayah kejam dalam undang-undang antarabangsa, Kua berkata ia juga merupakan strategi yang digunakan untuk menyebarkan kebimbangan dalam masyarakat.

“Malaysia baru tidak boleh bertolak ansur dengan kehilangan paksa yang sebahagian besarnya digunakan oleh pemerintahan diktator tentera dan republik,” katanya. – 4 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen