Pele dirawat di hospital Paris, kata sumber 


Kesihatan legenda bola sepak Pele, 78, yang semakin merosot menimbulkan kebimbangan sejak kebelakangan ini.– Gambar EPA, 3 April, 2019

LEGENDA bola sepak Pele dibawa ke sebuah hospital di Paris ssebagai langkah pencegahan selepas mengalami “jangkitan” namun keadaannya kini baik, menurut salah seorang ahli delegasinya.

Pemain berusia 78 tahun itu yang pernah membantu Brazil memenangi tiga kejuaraan Piala Dunia menerima rawatan kerana demam berikutan terlalu lama dalam pesawat ketika penerbangan panjang dari negaranya, menurut sumber yang menyatakan Pele masih di hospital pada petang Rabu.

Pele, memenang Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970 berada di Perancis untuk acara promosi bersama bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe.

Kemerosotan tahap kesihatan Pele menjadi punca kebimbangan sejak kebelakangan ini, dan pertemuan dengan Mbappe telah ditangguhkan November lalu kerana masalah itu.

Terdahulu, Pele mengakui enggan menerima tugas untuk menyalakan obor pada upacara pembukaan Olimpik Rio 2016.

Sebelum itu, Pele dimasukan ke unit rawatan rapi di hospital Brazil pada 2014 kerana masalah buah pinggang. – AFP, 3 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen