HILANG paksa harus diletakkan di dalam kesalahan Kanun Keseksaan sementara kuasa polis perlu diasingkan dari pihak berkuasa agama, kata panel siasatan kes penculikan dua aktivis Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga meminta pasukan petugas khas untuk membuka semula siasatan ke atas kes punculikan yang berlaku lebih tiga tahun lalu itu.
Ini antara cadangan dalam laporan 194 muka surat mengenai Amri dan Koh di mana Suhakam akan menyerahkan kepada agensi berkaitan apabila kesimpulan menyatakan kedua-dua mereka merupakan mangsa hilang paksa yang dijalankan oleh kerajaan.
Panel itu sebulat suara menyatakan pasukan Cawangan Khas menculik Amri pada November 2016 manakala Koh pada Februari 2017 dalam penculikan gaya komando. – 3 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen