DEWAN Rakyat petang ini menyaksikan kekecohan yang berlaku dalam kalangan beberapa ahli Parlimen termasuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang marah apabila ucapan penggulungannya diganggu oleh pembangkang.
Kekecohan bermula selepas Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-BN) meminta Lim menjawab soalan berkaitan Tabung Haji.
Soalan berkaitan dengan hal ehwal Islam umumnya dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertanggungjawab terhadap portfolio Islam dan bukannya ahli kabinet bukan Islam.
Tetapi Tajuddin mahu Lim menjawab mengapa tidak ada pengumuman dana Tabung Haji selepas memindahkan lebih RM19 bilion aset kepada kenderaan tujuan khas (SPV) di bawah kementerian.
“Kerajaan berhutang dengan Tabung Haji sebanyak RM19 bilion. Untuk apa wang itu digunakan? Jika tidak, rakyat fikir MoF rompak duit Tabung Haji,” katanya.
Dilaporkan Tabung Haji sudah memindahkan aset bernilai RM19.9 bilion kepada SPV yang kemudiannya akan memulihkan semua aset melalui strategi pergudangan dan penstrukturan semula.
Mujahid baru-baru ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa aset itu belum dibubarkan.
Lim berkata, bajet tambahan yang dibentangkan sebelum ini tidak menyebut Tabung Haji sambil menambah bahawa Mujahid akan memberikan butiran mengenai perkara itu dan menolak membincangkan isu itu lagi. – 3 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen