KERAJAAN mengkaji monopoli empat sektor utama sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani kenaikan kos sara hidup, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.
Monopoli ke atas beras, ubat-ubatan, pembaharuan lesen dan pemeriksaan kenderaaan adalah empat sektor pertama yang dikaji oleh jawatankuasa khas Kabinet.
Saifuddin berkata tidak semua monopoli dalam ekonomi bermasalah.
“Kita tak boleh terus hentikan monopoli kerana syarikat-syarikat yang ditubuhkan untuk jalankannya sudah banyak melabur dalam operasi mereka.
“Mereka juga wujud disebabkan beberapa dasar tertentu untuk memenuhi keperluan tertentu.
“Mereka jadi monopoli kerana mereka adalah syarikat dominan yang membekalkan perkhidmatan. Jadi masalah apabila ada konspirasi untuk tetapkan harga dan menindas persaingan.”
Empat monopoli yang dikaji itu ialah Bernas (import beras), Pharmaniaga (ubat generik dan pembuatan bekalan), MyEG (pembaharuan lesen kerajaan) and Puspakom (pemeriksaan kenderaan). – 3 April, 2019.
Komen