SUBSIDI petrol bersasar boleh diperluas kepada golongan berpendapatan rendah di bawah kumpulan M40 sekiranya sistem subsidi bersasar yang akan bermula tidak lama lagi untuk golongan berpendapatan rendah memberi penjimatan besar kepada kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution berkata, skim subsidi petrol untuk kumpulan B40 dijangka akan bermula pada suku kedua tahun ini yang mana mereka akan menerima maksimum RM30 sebulan.
Ini bersamaan 100 liter petrol pada kos 30 sen seliter, kata Saifuddin dan menambah, ia akan memberi faedah kepada kira-kira empat juta rakyat.
Subsidi itu akan dibayar terus ke akaun bank mereka seperti Bantuan Sara Hidup.
Apabila sistem ini dimulakan, kerajaan dapat berjimat kerana tidak perlu memberikan subsidi petrol yang kini turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi.
“Apabila kerajaan dapat jimatkan wang, adalah cadangan saya untuk melihat bagaimana kita boleh perluaskan subsidi petrol ini kepada golongan berpendapatan rendah dalam kalangan kumpulan M40,” kata Saifuddin pada sesi dialog di MIDF di Kuala Lumpur hari ini. – 3 April, 2019
MENYUSUL
Komen