ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim bukan orang yang berada di antara jentera bomba dan van Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), kata pegawai penyiasat Asisten Superintendan, Lew Keng Joe.
Lew memberitahu mahkamah koroner hari ini bahawa berdasarkan rakaman video yang dilihatnya, orang yang berada di antara kenderaan itu adalah saksi keenam, Mohd Hazim Mohd Rahimi yang juga seorang anggota bomba.
“Hazim mengakuinya ketika kenyataannya dirakam.
“Oleh itu tidak benar mengatakan orang di dalam video itu adalah Adib,” katanya ketika ditanya oleh
Lew memberi keterangan dalam satu inkues untuk menentukan apa yang berlaku kepada Adib ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Seafiled, Subang Jaya tahun lepas.
Beliau memberitahu inkues bahawa polis masih belum menangkap orang yang bertanggungjawab menyerang trak bomba ketika rusuhan itu.
Tambahnya, berdasarkan rakaman video, polis belum lagi dapat mengenal pasti orang yang memecahkan cermin pandang hadapan kenderaan berkenaan.
“Kami masih lagi menyiasat. Kita belum mengenal pasti siapa yang terlibat dan usaha mengesan sedang berjalan.
“Anda boleh lihat dalam video tetapi tidak boleh mengenal pasti mereka kerana tidak jelas.
“Kami cuba membesarkan gambar tetapi hasilnya tidak memuaskan,” katanya sambil menambah video itu dirakam menggunakan telefon bimbit. – 3 April, 2019.
MENYUSUL
Komen