Trump ancam bersedia tutup sempadan Mexico


Ancaman Donal Trump menutup sempadan akan memberi impak ekonomi yang besar kepada ekonomi Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 3 April, 2019.


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata “100%” bersedia untuk menutup sempadan AS-Mexico, memberi amaran kepada Kongres dan kerajaan Amerika Tengah agar mengambil tindakan untuk menghentikan kemasukan pendatang.

Kelewatan di beberapa sempadan utama apabila Trump memberi tekanan terhadap Demokrat dalam Kongres untuk memperketatkan undang-undang AS terhadap pendatang haram, mengancam menjejaskan ekonomi AS demi keselamatan sempadan.

“Ia adalah darurat peringkat nasional di sempadan,” kata Trump.

Sekiranya Mexico tidak menghentikan pendatang di wilayahnya, dan jika Kongres tidak bertindak, beliau berkata, “sempadan akan ditutup, 100%.”

“Pastinya ia akan memberi impak negatif kepada ekonomi,” katanya. “Keselamatan lebih penting bagi saya berbanding perdagangan.”

Trump berkata Demokrat menghalang pembaharuan dengan alasan politik tetapi boleh menyelesaikan masalah itu “dalam masa 45 minit.”

Beliau tidak memberi kenyataa khusus, tetapi Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kirstjen Nielsen meminta Kongres memberi pegawai sempadan kuasa menghantar semula pendatang haram Amerika Tengah, termasuk kanak-kanak yang tiba sendirian, kembali ke negara mereka.

“Penutupan sempadan akan memberi impak ekonomi yang besar kepada negara kita, dan saya harap kami tidak akan melakukan perkara seperti itu,” kata Ketua Pemimpin Senat Mitch McConnell.

Gesaannya disokong oleh Dewan Perdagangan, yang mengatakan dalam satu kenyataan walaupun ia menyokong pembaharuan imigresen, menutup sempadan “akan mendatangkan bahaya ekonomi yang teruk terhadap keluarga, pekerja, petani dan pengeluar Amerika di seluruh Amerika Syarikat.” – AFP, 3 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen