Pentagon enggan terima penghantaran pesawat Boeing kerana isu kualiti


Pemeriksa pihak tentera udara menemui 'serpihan objek asing' dalam pesawat baharu Boeing dan bahagian lain yang tidak memenuhi standard kualiti. – Gambar EPA, 3 April, 2019.

LAGI berita buruk bagi syarikat penerbangan gergasi Amerika, Boeing. Tentera Udara Amerika Syarikat pada Selasa berkata ia menghentikan kali kedua penerimaan pesawat KC-46 baharu susulan isu kualiti yang berterusan.

Setiausaha Tentera Udara Heather Wilson mendedahkan keputusan 23 Mac - satu lagi masalah dalam program pesawat yang sudah tertangguh - semasa pendengaran belanjawan Kongres.

“Tentera Udara sekali lagi menghentikan penerimaan pesawat KC-46 baharu ketika kami terus bekerjasama dengan Boeing untuk memastikan setiap pesawat dihantar memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi,” kata Wilson kepada panel.

Beliau berkata pemeriksa tentera udara menemui “serpihan objek asing” dalam pesawat baharu yang tidak sepatutnya dan juga bahagian lain “di mana Boeing tidak memenuhi standard kualiti.”

Masalahnya “tidak kaitan dengan reka bentuk atau spesifikasi kejuruteraan,” katanya.

Tetapi ia kali kedua tahun ini Boeing berdepan kritikan yang sama.

Tentera Udara menerima KC-46 pertama pada Januari, kelewatan lebih setahun.

Ketika ini mereka mempunyai tujuh pesawat KC-46 dalam perkhidmatan.

Angkatan Udara merancang untuk membeli 179 KC-46 sepanjang program ini.

Berdasarkan rangka masa pesawat Boeing 767, ia akan menggantikan pesawat KC-10 dan KC-135  yang kebanyakannya dibina semasa Perang Dingin.

Tentera Udara memilih Boeing untuk membina pesawatnya berbanding Airbus pada 2011 selepas persaingan sengit antara kedua-dua syarikat berkenaan kontrak besar itu. – AFP, 3 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen