Tulis kegiatan gay dalam kalangan sami, penulis Sri Lanka ditahan


Sekumpulan sami mengadu bahawa rujukan kepada aktiviti homoseksual dalam kalangan pendeta yang ditulis Shakthika Sathkumara memalukan agama Buddha. – Gambar EPA, 2 April, 2019.

SEORANG penulis novel Sri Lanka ditahan kerana menulis mengenai kegiatan homoseksual dalam kalangan sami Buddha dan didakwa melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Shakthika Sathkumara, 33, ditahan di bandar utara Polgahawela semalam selama sembilan hari selepas para sami membuat aduan berkenaan tulisannya.

Cerita pendeknya mengandungi rujukan tidak langsung terhadap golongan homoseksual dalam kalangan pendeta yang memegang banyak pengaruh dalam majoriti 21 juta penganut agama Buddha.

Kisah itu diterbitkan di Facebook milik Sathkumara dalam bahasa Sinhalese tempatan.

“Sekumpulan sami mengadu bahawa rujukan kepada aktiviti homoseksual dalam kalangan pendeta memalukan agama Buddha,” kata seorang jurucakap polis.

Dijangka berlaku perselisihan faham dalam kalangan sami Buddha.

Kegiatan homoseksual dilarang di Sri Lanka di bawah undang-undang zaman penjajahan 1883 tetapi ia jarang dikuatkuasakan.

Jurucakap polis berkata, para sami yang mengadu enggan menyelesaikan masalah itu di mahkamah dan menuntut Sathkumara didakwa.

Dia didakwa ke majistret tempatan atas kesalahan menghasut kebencian agama di bawah perjanjian hak asasi manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana sudah ditandatangani oleh Sri Langka.

Aktivis tempatan mendakwa ia sebagai penyalahgunaan International Covenant dalam Hak Sivil dan Politik untuk mengatasi ucapan bebas.

“Polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dan melakukan penangkapan sewenang-wenangnya,” kata Gerakan Media Bebas.

“Kami mengutuk tindakan ini,” tambahnya. – AFP, 2 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen