Seorang ibu tunggal berusia 99 tahun yang merupakan peminat tegar Putera Harry meninggal dunia akibat radang paru-paru, kata keluarganya hari ini.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Instagram, keluarga Daphne Dunne memaklumkan wanita itu meninggal dunia di hospital di Sydney semalam beberapa selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 99 tahun.
Selama bertahun-tahun, gambar Dunne dirakam beberapa kali ketika menyapa Duke of Sussex termasuk pada Oktober lalu di tangga Sydney Opera House.
“Tindakan mudah untuk menghentikan Daphne di jalan dan memegang tangannya lebih bermakna…daripada siapa yang boleh bayangkan.
“Kami, keluarganya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas cinta dan sokongan yang ditunjukkan kepada Daphne,” kata keluarganya.
Wanita itu menerima mesej daripada Putera Harry dan isterinya, Meghan sempena ulang tahunnya minggu lalu.
“Saya tidak keluar dari hospital tetapi mesej itu membuatkan saya berasa lebih baik,” katanya kepada 7NEWS.
Harry pertama kali bertemu dengan Dunne pada 2015 apabila putera raja itu terlihat pingat perang suaminya tersemat di dada.
Meghan dilaporkan akan melahirkan anak pertama paangan ini pada musim bunga. – AFP, 2, April, 2019.
Komen