PERANCIS hari ini menggesa Brunei supaya tidak melaksanakan hukuman sebat atau rejam dengan batu sehingga mati kepada golongan gay dan pelaku zina.
Hukuman baharu di bawah undang-undang syariah yang akan dilaksanakan mulai esok itu mendapat kritikan hebat dari kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penyanyi legenda, Elton John dan pelakon terkenal George Clooney pada minggu lepas menggesa supaya sembilan hotel mewah milik Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Britain, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat.
“Perancis menyeru kepada Brunei supaya tidak melaksanakan undang-undang ini.
“Perancis bertegas menentang hukuman mati, dalam semua bidang dan semua keadaan.”
Ketua Hak Asasi PBB Michelle Bachelet semalam menyifatkan undang-undang itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Beliau mendesak kerajaan Brunei menghentikan penguatkuasaan undang-undang syariah baharu itu. – AFP, 2 April, 2019.
Komen