Remaja lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel


Seorang remaja lelaki Palestin maut manakala dua lagi cedera ditembak tentera Israel berhampiran bandar Ramallah di Tebing Barat. – Gambar EPA, 2 April, 2019.

SEORANG remaja lelaki Palestin maut manakala dua lagi cedera ditembak tentera Israel berhampiran bandar Ramallah di Tebing Barat, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Mohammad Edwan, 23, ditembak beberapa kali oleh tentera Israel ketika memandu keretanya di kem pelarian Qalandia di selatan Ramallah.

“Mangsa ditembak lebih 10 kali oleh pihak tentera yang kemudian membiarkan dia mati akibat kehilangan banyak darah,” katanya.

Menurut kementerian itu, dua lagi rakyat Palestin cedera selepas pertempuran meletus di kem pelarian.

Berpuluh-puluh tentera Israel menyerbu pusat pemeriksaan Qalandia dan kejiranan lain di Ramallah pada waktu subuh, yang mencetuskan pertempuran dengan berpuluh-puluh rakyat Palestin.  – Bernama, 2 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen