Tarik semula kenyataan pondan jika Guan Eng jawab pertanyaan, kata ahli parlimen


Ragananthini Vethasalam

Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau akan menarik semula kenyaatan pondan terhadap Lim Guan Eng sekiranya Menteri Kewangan itu menjawab soalannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 April, 2019.

AHMAD Marzuk Shaary berkata, beliau akan menarik semula kenyaatan pondan terhadap Lim Guan Eng sekiranya Menteri Kewangan itu menjawab soalannya.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selepas dia menolak untuk menarik semula kenyataannya.

Beliau meminta penjelasan Lim berkenaan tender yang dibuka kepada bukan bumiputera.

“Dia (Lim) tidak memberi saya peluang untuk membentangkan bukti mengenai isu itu. Apa istilah yang lebih baik untuk digunakan…dia tidak cukup berani…tidak cukup lelaki,” katanya kepada pemberita di lobi hari ini.

“Dia cuba mengalih perhatin dengan mengatakan saya membuat kenyataan palsu,” tambahnya. 

Sementara itu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar berkata, Lim tidak menepati janjinya.

“Kami ada bukti mengenai kemasukannya dalam tawaran tender terbuka di Parlimen.

“Dia sudah memulakan beberapa tawaran perundingan secara langsung. Kenapa kerajaan cuba menjual Equanimity (kapal pesiar mewah) melalui tender langsung?” katanya.

Noh merujuk kepada jawapan Ahli Parlimen Bagan minggu lalu yang menyatakan jualan Equanimity akan dilakukan melalui tender langsung dan bukan tender terbuka. – 2 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen