Pembangkang keluar dewan selepas ahli parlimen panggil Guan Eng pondan


Chan Kok Leong

Lim Guan Eng menolak permintaan berulang Ahmad Marzuk Shaari untuk menyuarakan dan menjelaskan hujahnya menyebabkan ahli Parlimen itu menggelarkannya pondan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 April, 2019.

AHLI Parlimen dari PAS dan Barisan Nasional (BN) keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas salah seorang daripada mereka dihalau keluar setelah memanggil Lim Guan Eng pondan.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaari diarahkan keluar selepas menyamakan menteri kewangan itu seperti pondan.

Lim menolak permintaan berulang Ahmad untuk menyuarakan dan menjelaskan hujahnya menyebabkan ahli Parlimen itu mengeluarkan perkataan itu terhadap Menteri Kewangan berkenaan.

“Saya anak jantan. Bukan pondan macam Bagan,” jerit guru agama itu kepada Lim yang mewakili kerusi Parlimen Bagan.

Lim menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019.  

Beliau cuba menjelaskan rancangan kerajaan untuk menjual sebuah bangunan di Hong Kong melalui tender terbuka apabila Ahmad menyimpulkan tentang bagaimana tender terbuka akan mengetepikan kontraktor Bumiputera.

“Ini tidak berkaitan, dan kerajaan telah mengamalkan tender terbuka kepada Bumiputera,” jawab Lim.

Ahmad tidak dapat menerima jawapan itu dan cuba membaca sesuatu dari telefon pintarnya tentang bagaimana kontraktor Bumiputera diketepikan di bawah sistem tenter terbuka.

Ketika kecohan berlaku, Fahmi Fadziln (Lembah Pantai-PH) meminta Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon menyuruh Ahmad menarik semula kenyataan terhadap Lim.

Walaupun sudah tiga amaran diberi kepada Ahmad untuk menarik kata-kata tersebut, beliau tetap berkeras memaksa timbalan speaker memintanya keluar.

“Saya mahu awak keluar. Tolong keluar sekarang,” kata Mohd Rashid. – 2 April, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen