HISHAMMUDDIN Hussein menyambut baik siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas kontroversi perjanjian tukar tanah Kementerian Pertahanan.
Ahli Parlimen Sembrong itu juga menggesa supaya PAC tidak selektif dalam siasatan.
“Baguslah, tetapi mereka kena adil dan siasat dari awal, semasa Dr Mahathir jadi perdana menteri (kali pertama),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Hishammuddin juga berkata beliau akan memberi kerjasama dalam siasatan kerana bagi beliau tiada apa yang perlu disembunyikan.
Sebelum ini, bekas menteri pertahanan itu dilaporkan berkata pihak berkuasa bebas untuk menyiasat tuduhan mengaitkan bekas pegawai khasnya terbabit dalam urus niaga tukar tanah angkatan tentera yang menyebabkan kerugian RM500 juta.
Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh mengesahkan Hishammuddin akan dipanggil bagi membantu siasatan. – 2 April, 2019.
Komen