PRESIDEN Mahkamah Keadilan Agung (TSJ) Venezuela, Maikel Moreno pada Isnin mengesahkan perintah yang melarang pemimpin pembangkang Juan Guaido meninggalkan negara itu dan meminta Dewan Perhimpunan Kebangsaan (NCA) melucutkan imuniti beliau sebagai anggota Parlimen, lapor agensi berita China Xinhua.
Moreno berkata satu “salinan keputusan itu yang diperakui akan dihantar kepada NCA bagi tujuan pelucutan imuniti Parlimen Juan Guaido.”
Keputusan itu dibuat kerana Guido, yang mengisytiharkan dirinya sebagai “presiden sementara” Venezuela pada 23 Januari, melanggar sekatan yang dikenakan ke atas beliau oleh TSJ beberapa bulan lepas.
TSJ Venezuela melarang Guaido meninggalkan negara itu dan membekukan aset kewangannya pada Januari. – Bernama, 2 April, 2019.
Komen