SINGAPURA mencadangkan undang-undang lebih ketat untuk menangai ‘berita palsu’ termasuk mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun penjara.
Republik itu berkata langkah itu penting bagi melindungi keselamatan negara walaupun ia mencetuskan kebimbangan dalam kebebasan bersuara.
Singapura menyertai beberapa negara lain untuk memerangi ancaman berita palsu dan menteri negara itu mendakwa peraturan baharu diperlukan bagi menangani isu tersebut yang boleh menggugat keamanan pelbagai etnik di republik itu.
Rang undang-undang baharu itu yang dibentangkan di Parlimen akan membolehkan kerajaan Singapura mengarahkan laman web untuk menyiarkan ralat atas kesalahan maklumat.
Kerajaan juga berkuasa mengarahkan berita palsu dipadamkan jika didapati mencetuskan bahaya kepada umum.
Pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun jika menggunakan akaun palsu bagi menyebarkan maklumat tidak benar.
Denda sehingga SG$1 juta juga akan dikenakan jika didapati bersalah.
Bagaimanapun kerajaan berkata hukuman itu akan dilaksanakan terhadap kes ekstrem dan jika sesebuah laman web enggan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Singapura sudah melaksanakan beberapa peraturan ketat berhubung fitnah dan melarang tunjuk perasaan.
Cadangan baharu itu mungkin mencetuskan syarikat teknologi Google dan Facebook yang mempunyai pelaburan di republik itu.
Rang undang-undang tesrsebut dijangka diluluskan dengan mudah di Parlimen memandangkan Parti Tindakan Rakyat menguasai majoriti kerusi. – 1 April, 2019.
Komen