Pelajar AS dibunuh salah naik kereta disangka Uber


Polis percaya mangsa tersilap naik kereta yang disangka menawarkan perkhidmatan Uber. – Gambar AFP, 1 April, 2019.

SEORANG penuntut kolej di Amerika Syarikat dibunuh selepas tersalah masuk kereta yang disangka pemandu Uber, kata polis.

Menurut pihak berkuasa Carolina Selatan suspek kes itu, Nathaniel Rowland, 24, telah ditahan dan berdepan dakwaan membunuh dan menculik mangsa, Samantha Josephson, 21.

Wanita itu kali terakhir dilihat oleh rakan sebiliknya pada awal Jumaat di bandar Calumbia.

Ketua polis tempatan William Holbrook berkata pada mulanya memulakan siasatan kes kehilangan orang dengan mengedarkan foto mangsa dan gambar kereta yang dinaikinya.

Katanya pemandu kereta itu menghampiri Josephson ketika mangsa menunggu Uber.

“Kita percaya mangsa tersilap naik kereta yang disangka menawarkan perkhidmatan Uber,” kata Holbrook.

Mayat mangsa ditemukan pemburu di kawasan terpencil di pinggir bandar itu pada hari yang sama.

Kemudian, polis melancarkan operasi memburu suspek yang ditahan pada hujung minggu lalu.

Siasatan lanjut mendapati kesan darah yang ditemukan dalam kereta suspek sepadan dengan Josephson. – AFP, 1 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen