Sierra Leone larang industri tangkap ikan sebulan 


Menurut kenyatan yang dikeluarkan Kementerian Perikanan negeri itu, tempoh larangan bermula 1 hingga 30 April bertujuan untuk melindungi stok ikan daripada berkurangan. – Gambar AFP, 1 April, 2019.

SIERRA Leone melarang aktiviti penangkapan ikan besar-besaran oleh syarikat-syarikat perikanan utama di perairannya selama sebulan mulai hari ini.

Menurut kenyatan yang dikeluarkan Kementerian Perikanan, tempoh larangan bermula 1 hingga 30 April itu bertujuan untuk melindungi stok ikan daripada berkurangan.

“Semua syarikat perikanan perlu menyimpan stok ikan mereka dalam bilik sejuk sehingga tempoh berakhir,” kata Menteri Perikanan Emma Kowa Jalloh.

Negeri-negeri Afrika Selatan iaitu Mauritania, Senega, Gambia, Guinea-Bissau, Guinea dan Sierra Leone rugi AS$2.3 bilion (RM9.3 bilion) setahun mulai 2010 hingga 2016 akibat aktiviti menangkap ikan haram, menurut kumpulan alam sekitar, Greenpeace. – AFP, 1 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen