Hakim kes 1MDB setuju beri laluan kepada perbicaraan SRC


Bede Hong

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah menegaskan bahawa perbicaraan kes 1MDB Najib Razak perlu dimulakan pada minggu pertama Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 April, 2019.

HAKIM bagi kes 1MDB Najib Razak bersetuju untuk tidak menjalankan perbicaraan bermula 15 April sehingga 3 Mei untuk memberi laluan kepada kes SRC International.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah berkata ia masih bergantung kepada sama ada Hakim Nazlan Mohd Ghazali bersetuju perbicaraan kes SRC International Najib dijalankan pada tarikh tersebut.

Sequerah yang mempengerusikan perbicaraan 1MDB turut menambah, sama ada Nazlan bersetuju untuk menjalankan perbicaraan kes SRC pada tarikh berkenaan, perbicaraan kes 1MDB perlu dijalankan pada minggu pertama Mei.

Ketua Pendakwa Raya Gopal Sri Ram hari ini mengemukakan kepada mahkamah surat daripada Hakim Besar Malaya Zaharah Ibrahim yang membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk tidak menjalankan perbicaraan kes 1MDB.

Pasukan pendakwaan berkata mereka akan menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya dengan Nazlan pada Rabu dan memaklumkan kepada Sequerah semasa prosiding pengurusan kes pada Jumaat.

Pasukan pendakwaan pada Jumaat menulis surat kepada Zaharah, sehari selepas Nazlan menetapkan 3 April tarikh bagi perbicaraan pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan salah guna kuasa Najib berkaitan SRC International. – 1 April, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen